Wednesday, October 5, 2011

SAYANG nya ALLAH pada PEREMPUAN..

Sayangnya Allah Pada Perempuan..
Siapa kata jadi perempuan tu SENANG Nak kena tutup sana, tutup sini ..
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising.. 
Perempuan, stoking pon kena pakai 
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari 
Komfem x tahan bertutup semua 
Tapi, perempuan cool jek 
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan
 Siapa kata jadi perempuan tu senang 
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit 
Nak pergi kelas pon susah 
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit 
Cuba tengok budak lelaki , selamber jek 
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit 
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
 Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
 Hebat kan perempuan 
Siapa kata jadi perempuan tu senang
 Hati ni Allah jadikan lembut betul 
Cepat jek sensitif
 Cuba tengok orang putus cinta
 Selalu perempuan yg paling susah nak lupa 
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
 Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan 
Siapa yg paling teruk menangis
 Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
 Lembut tak lembut hati perempuan 
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
 Hebat tak perempuan? 
Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah 
Diorang cakap, Allah x adil Kenapa Allah lebihkan lelaki 
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami 
 Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami 
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah 
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan 
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel 
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon' Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati 
Kesian kan kat diorang 
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
 Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil 
Persoalannya sekarang Betul ke Allah x adil dengan perempuan
 Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
 Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya
 Betul, isteri kena ikut cakap suami 
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya 
X adil lagikah Allah pada perempuan 
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan 
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
 Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri 
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu 
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki 
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu 
MashaAllah, hebatnya perempuan kan
 Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat 
Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
 Banyak lagu pasal perempuan kan 
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH, 
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki 
Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia
 Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya... 
Orang akan cakap: 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
 Kita x pernah dengar orang cakap: 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya' Kan?
 Hebat x Allah jadikan perempuan tu 
Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan
 Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
 Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni 
Perempuan senang nak masuk syurga 
Tengok hadis ni:
 "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan 
Oh perempuan, sedarlah Betapa sayangnya Allah dekat kita 
Betapa cintanya Allah dekat kita 
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah 
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah 
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan? Sekadar perkongsian bersama ..

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya..
 Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. 

Lindungi dia dari fitnah dunia.~ Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi

No comments: